12 Hari 10 Malam - Pakej Umrah 27 November 2018

Pakej bermula RM 6,070.00

SEKTOR :

KUL/JED/KUL

Penerbangan: Saudi Airlines
Penginapan Makkah: Saraya Eimaan Hotel @ Setaraf (200m)
Penginapan Madinah: Al-Ansar Al-Jaded/ Al-Madinah Concorde/ Diyar Taibah @ Setaraf (150M)


Tarikh Penerbangan

27 November (pilihan tarikh)

Harga Pakej
RM 6,070.00 (KUL/JED/KUL)


Hari 01: KUALA LUMPUR / JEDDAH / MAKKAH
Para jemaah dikehendaki berada di KLIA 3 jam sebelum waktu penerbangan.
Bagasi hendaklah dibawa ke kaunter yang berkenaan untuk urusan pendaftaran penerbangan (check-in).
Dijangka tiba di Jeddah jam 1620 Petang
Tiba di Jeddah dan berangkat ke Makkah dengan menaiki bas.
Niat ihram (Miqat) di Qarnul Manazil setibanya di Makkah, ‘check-in’ di hotel Makkah.
Selepas makan malam, jemaah akan dibawa untuk menyempurnakan ibadah Umrah yang pertama.


Hari 02: MAKKAH
Jemaah akan dibawa untuk Miqat di Tana’im untuk ibadah Umrah yang seterusnya.


Hari 03 – 06: MAKKAH
Program Umrah akan diatur setiap hari selepas sarapan pagi jam 7.30pagi ataupun selepas makan tengahari dan jemaah digalakkan membuat Umrah sebanyak mungkin dengan bermiqat samada di Tana’im, Ja’aranah ataupun Hudaibiyah.


Hari 07: MAKKAH / MADINAH
Tawaf Wida’ (Wajib) akan dilakukan sebelum solat Subuh. Awal pagi berangkat ke Madinah.


Hari 08: MADINAH
Selepas solat Subuh, jemaah lelaki akan dibawa menziarahi Raudah dan makam Rasulullah S.A.W.

Bagi kaum wanita, waktu ziarah telah ditetapkan, oleh itu mereka bolehlah menziarahi makam Rasulullah S.A.W di dalam waktu-waktu yang telah ditetapkan sahaja.


Hari 09: MADINAH
Selepas solat Subuh dan sarapan, jemaah akan dibawa ke Masjid Quba, Jabal Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain, Masjid 7, Pasar Kurma , Kilang Percetakan Al Quran, Jabal Magnet dan lain-lain tempat yang menarik dan bersejarah.


Hari 10: MADINAH
Acara bebas


Hari 11: MADINAH / KUALA LUMPUR
Jemaah bersiap untuk berangkat pulang selepas Solat Asar, atau solat Magrib perlu membuat ziarah selamat tinggal di Makam Rasullullah.

Penerbangan dijangka berangkat pada jam 2335 malam dan dijangka tiba pada jam 1100 pagi

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik Saudi Airlines Kelas Ekonomi.
  • Cukai lapangan terbang dan insuran kapal terbang.
  • Makan & minum 3 kali sehari.
  • Pengangkutan Bas Airport – Jeddah / Airport – Hotel
  • Lawatan / ziarah seperti aturcara
  • Lawatan tambahan di Makkah
  • Lawatan tambahan di Madinah
  • Tips angkat barang
  • Gst 6% yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia

 

 

 

 

**Sebarang permintaan tarikh penerbangan dapat dirunding

**Harga adalah tertakluk kepada tukaran wang semasa, pihak penerbangan, hotel, bilangan hari / malam dan sebarang pertukaran daripada Pihak Kementerian Arab Saudi.

Pakej TIDAK Termasuk:

  • Excess baggage (lebihan bagasi)

Cenderamata

  • 1 Beg bimbit
  • 1 Beg pasport
  • 1 Buku panduan mengerjakan Umrah dan Ziarah
  • 5 liter air zam-zam

12 Hari 11 Malam - Pakej Umrah 27 Novmeber 2018

Pakej bermula RM6,070.00