13 Hari 12 Malam - Pakej Umrah Ziarah 29 November 2018

Pakej bermula RM 6,550.00

SEKTOR:

KUL/JED/MED/KUL

Penerbangan: Saudi Airlines

Group Size: 40 Paxs

Penginapan Madinah: Ansar Al Jaded Hotel/Diyar Taibah (180m) / Setaraf

Penginapan Makkah: Saraya Iemaan Hotel (200m) / Setaraf


Jadual Penerbangan

29 November    SV 841    KUL/JED    1210-1620

11 December    SV 840    MED/KUL    0250-1100

Harga Pakej : RM 6,550.00


Hari 01: KUALA LUMPUR / JEDDAH-MADINAH

Para jemaah dikehendaki berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 3 jam sebelum waktu penerbangan. Bagasi hendaklah dibawa ke kaunter yang berkenaan untuk urusan pendaftaran penerbangan (check-in). Penerbangan ke MAKKAH pada jam 1210 tengahari dan tiba di Jeddah pada jam 1620 petang Jemaah akan dibawa terus ke Madinah & daftar masuk hotel.


Hari 02: MADINAH

Selepas solat Subuh, jemaah lelaki akan dibawa menziarahi Raudah dan makam Rasulullah S.A.W. Bagi kaum wanita, waktu ziarah telah ditetapkan, oleh itu mereka dapat menziarahi makam Rasulullah S.A.W di dalam waktu-waktu yang telah ditetapkan sahaja.


Hari 03: MADINAH

Jemaah akan dibawa ke Masjid Quba, Jabal Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain, Masjid 7, Pasar Kurma dan lain-lain tempat yang menarik dan bersejarah.


Hari 04: MADINAH / MAKKAH

Sebelum solat Zohor, jemaah dikehendaki melakukan ziarah wida’ dan makan tengahari selepas solat Zohor. Jemaah perlu mandi sunat ihram dan memakai ihram di penginapan masing-masing sebelum menaiki bas untuk ke Makkah. Niat ihram (Miqat) di Bir Ali, setibanya di Makkah, ‘check-in’ di hotel Makkah. Selepas makan malam, jemaah akan dibawa untuk menyempurnakan ibadah Umrah yang pertama.


Hari 05: MAKKAH

Jemaah akan dibawa untuk Miqat di Tana’im untuk ibadah Umrah yang seterusnya.


Hari 06 – 11: MAKKAH

Program Umrah akan diatur setiap hari selepas sarapan pagi ataupun selepas makan tengahari dan jemaah digalakkan menunaikan Umrah sebanyak mungkin dengan bermiqat samada di Tana’im, Ja’aranah ataupun Hudaibiyah.


Hari 12: JEDDAH

Hari ini merupakan hari terakhir berada di Makkah. Para jemaah diwajibkan mengerjakan tawaf Wida’ awal pagi atau selepas solat Zohor. Setelah selesai tawaf Wida’, jemaah akan pulang ke hotel.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hari 13: JEDDAH / KUALA LUMPUR 

Menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Jeddah. Dalam perjalanan, jemaah akan dibawa melawati Bandar Jeddah dan Masjid Terapung (jika masa mengizinkan). Penerbangan dijangka berangkat ke Kuala Lumpur pada jam 2100 malam.

Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
  • Cukai lapangan terbang dan insuran kapal terbang
  • Makan & minum 3 kali sehari
  • Pengangkutan bas
  • Lawatan / ziarah seperti aturcara
  • Lawatan tambahan di Makkah
  • Lawatan tambahan di Madinah
  • SST 6% yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia 

     

     

     

     

     

     

     

    **Sebarang permintaan tarikh penerbangan dapat dirunding

    **Harga adalah tertakluk kepada tukaran wang semasa, pihak penerbangan, hotel, bilangan hari / malam dan sebarang pertukaran daripada Pihak Kementerian Arab Saudi

Pakej Tidak Termasuk:

  • Tips untuk angkat barang
  • Lawatan tambahan yang tiada dalam aturcara
  • Excess baggage (lebihan bagasi)

Cenderamata:

  • 1 Beg bimbit
  • 1 Beg pasport
  • 1 Name tag
  • 1 Buku panduan mengerjakan Umrah dan Ziarah
  • 5 liter air zam-zam

13 Hari 12 Malam - Pakej Umrah Ziarah 29 November 2018

Pakej bermula RM 6,550.00