12 Hari 10 Malam Umrah Ziarah - 18 Oktober 2018
Pakej bermula RM 6,080.00
SEKTOR:
KUL/JED/KUL
Penerbangan: Saudi Airlines
Group Size: 40 Paxs
Penginapan Madinah: Ansar Al Jaded Hotel/Diyar Taibah (150m) / Setaraf
Penginapan Makkah: Saraya Ajyad Hotel (250m) / Setaraf
Jadual Penerbangan
18 Oktober KUL/JED SV 841 1210-1620
29 Oktober JED/KUL SV 840 2335-1100
Harga Pakej
RM 6,080.00
Hari 01: KUALA LUMPUR / JEDDAH-MADINAH
Para jemaah dikehendaki berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 3 jam sebelum waktu penerbangan. Bagasi hendaklah dibawa ke kaunter yang berkenaan untuk urusan pendaftaran penerbangan (check-in). Penerbangan ke Makkah pada jam 1210 tengahari dan tiba di Jeddah pada jam 1620 tengahari Jemaah akan dibawa terus ke Madinah dan daftar masuk hotel.
Hari 02: MADINAH
Selepas solat Subuh, jemaah lelaki akan dibawa menziarahi Raudah dan makam Rasulullah S.A.W.
Bagi kaum wanita, waktu ziarah telah ditetapkan, oleh itu mereka dapat menziarahi makam Rasulullah S.A.W di dalam waktu-waktu yang telah ditetapkan sahaja.
Hari 03: MADINAH
Jemaah akan dibawa ke Masjid Quba, Jabal Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain, Masjid 7, Pasar Kurma dan lain-lain tempat yang menarik dan bersejarah.
Hari 04: MADINAH / MAKKAH
Sebelum solat Zohor, jemaah dikehendaki melakukan ziarah wida’ dan makan tengahari selepas solat Zohor. Jemaah perlu mandi sunat ihram dan memakai ihram di penginapan masing-masing sebelum menaiki bas untuk ke Makkah. Niat ihram (Miqat) di Bir Ali, setibanya di Makkah, ‘check-in’ di hotel Makkah. Selepas makan malam, jemaah akan dibawa untuk menyempurnakan ibadah Umrah yang pertama.
Hari 05: MAKKAH
Jemaah akan dibawa untuk Miqat di Tana’im untuk ibadah Umrah yang seterusnya.
Hari 06 – 11: MAKKAH
Program Umrah akan diatur setiap hari selepas sarapan pagi ataupun selepas makan tengahari dan jemaah digalakkan membuat Umrah sebanyak mungkin dengan bermiqat samada di Tana’im, Ja’aranah ataupun Hudaibiyah.
Hari 12: JEDDAH
Hari ini merupakan hari terakhir berada di Makkah. Para jemaah diwajibkan mengerjakan tawaf Wida’.awal pagi atau selepas solat Zohor. Setelah selesai tawaf Wida’, jemaah akan pulang ke hotel dan akan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Jeddah. Dalam perjalanan, jemaah akan dibawa melawati Bandar Jeddah dan Masjid Terapung (jika masa mengizinkan). Penerbangan dijangka berangkat ke Kuala Lumpur pada jam 2100 malam.
Pakej Termasuk:
- Tiket penerbangan pergi balik Saudi Airlines Kelas Ekonomi
- Cukai lapangan terbang dan insuran kapal terbang
- Makan & minum 3 kali sehari
- Pengangkutan Bas Airport – Jeddah / Airport – Hotel
- Lawatan / ziarah seperti aturcara
- Lawatan tambahan di Makkah
- Lawatan tambahan di Madinah
- Tips angkat barang
- SST 6% yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia
**Sebarang permintaan tarikh penerbangan dapat dirunding
**Harga adalah tertakluk kepada tukaran wang semasa, pihak penerbangan, hotel, bilangan hari / malam dan sebarang pertukaran daripada Pihak Kementerian Arab Saudi
Pakej Tidak Termasuk:
- Excess baggage (lebihan bagasi)
Cenderamata:
- 1 Beg bimbit
- 1 Beg pasport
- 1 Buku panduan mengerjakan Umrah dan Ziarah
- 5 liter air zam-zam
12 Hari 10 Malam - Pakej Umrah 18 Oktober 2018
Pakej bermula RM 6,080.00