14 Hari 11 Malam - Pakej Percutian Muslim (Scandinavia) 2018

Pakej Dari RM 16,800.00

Book Now

HARI 01: KUALA LUMPUR/ISTANBUL/COPENHAGEN

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas untuk urusan pendaftaran masuk penerbangan ke COPENHAGEN melalui ISTANBUL jam 10:10 malam.

HARI 02: ISTANBUL/COPENHAGEN (DENMARK) [MT]

Ketibaan di Copenhagen jam 9:50 pagi, anda akan disambut oleh wakil kami, makan tengahari di restoran tempatan (halal), lawatan di Bandar Copenhagen; Christianborg Palace & Amalienborg Palace, kawasan pelabuhan berwarna-warni Nyhavn dan patung ikan duyung yang masyhur itu. Bermalam di Copenhagen.

HARI 03: COPENHAGEN – GOTHENBURG (SWEDEN) [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Gothenburg bandar kedua terbesar di Sweden melalui Malmo dengan merentasi jambatan antara Copenhagen dan Malmo (yang menghubungkan Denmark dan Sweden). Makan tengahari di Gothenburg, lawatan di Gothenburg termasuk Alvsborg Fortress, melihat Feskekorka (Fish Market) dan Konstmuseet (Museum of Art).

HARI 04: GOTHENBURG (SWEDEN) – OSLO (NORWAY) [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Oslo. Makan tengahari di Oslo, lawatan di Oslo termasuk melihat City Hall, Akershus Fortress, Opera House, Parliament House, National Theatre dan Vigeland Park.

HARI 05: OSLO – GEILO – HARDANGERFJORD – VOSS [SP/MT]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Geilo adalah terletak di tengah-tengah Majlis Perbandaran Hol, Norway. Terletak di kawasan lembah Hallingdal dengan penduduk seramai 2300 orang. Geilo merupakan bandar ski resort yang pertama di Norway dan masih kekal sebagai yang terbesar. Ia juga popular dengan kabin-kabin percutian yang termewah dan termahal di Norway. Lokasi Geilo adalah di dalam lembah dengan banjaran-banjaran gunung di sekelilingnya. Pusat pekannya terletak 800 meter di atas paras laut dan puncak tertinggi ialah 1178 meter di atas paras laut. Terletak 250 km dari Oslo dan 260 km dari Bergen. Makan tengahari di Geilo dan bertolak ke Voss. Bermalam di Voss.

HARI 06: GEILO – BERGEN [SP/MT]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Bergen (103 Km). makan tengahari di Grand Terminus Bergen Sentrum Hotel dan Brasseria. Tarikan hari ini di Bergen; Floibanen funicular (pergi balik), melihat Bergen harbour, Pack House, The Old Hanseatic Quarter, Maria Church dan Fish Market. Masa bebas di petang hari. Anda bebas membeli belah cenderahati atau berjalan kaki di sepanjang Bergen Harbour yang cantik!!

HARI 07: BERGEN – VOSS – MYRDAL – FLAM [SP/MT] “Alami keindahan Norway dengan Keretapi”

Selepas sarapan, bertolak ke Voss dan dari Voss ke Myrdal dengan keretapi dan dari Myrdal ke Flam dengan keretapi. Ketibaan di Flam, makan tengahari di Flam. FJORD CRUISING dari Flam ke Gudvangen, melihat keindahan Aurlandsfjord dan Naeroyfjord (dua di antara Fjords Norway yang tercantik, merupakan tapak warisan UNESCO (UNESCO World Heritage Site) Lihatlah puncak-puncak gunung ganang yang diliputi salji, air terjun-air terjun dan ladang-ladang tanam-tanaman yang tergantung di pingir-pinggir gunung. Ketibaan di Gudvangen dengan menaiki bas ke Fodness, Manheller dan Sogndal. Bermalam di Sogndal.

HARI 08: SOGNDAL – BRIKSDALBREEN – LOM [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, bertolak dari Sogndal ke Briksdalbreen open car “round trip” dari Briksdalbreen ke Briksdal Glasier. Makan tengahari di Briksdalbreen dan melawat Fossheim Stone Center. Bermalam di Lom.

HARI 09: LOM – LILLEHAMMER – MORA (SWEDEN) [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, melihat Olimpia Park, Market Square dan Lysgardbakken (Ski Jumping Arena) dan makan tengahari di restoran tempatan. Bertolak ke Mora dan bermalam di Mora.

HARI 10: MORA – STOCKHOLM [SP/MT]

Selepas sarapan pagi melihat Tasik Siljan dan terus ke Stockholm dari Mora. Sampai Stockholm melawat Vasa Museum bagi melihat bahtera peperangan Sweden (the Vasa Battle Ship) dibina dalam tahun 1628, tenggelam di bawah air beku lebih dari 3 kurun sehingga tahun 1961 ia berjaya dinaikkan semula ke daratan. Masa bebas membeli belah dan bermalam di Stockholm.

HARI 11: STOCKHOLM – HELSINKI [SP/MT]

Selepas sarapan pagi ke jantung kota ini adalah bandar lama (old town) nya yang dipanggil Gamla Stan, melihat bangunan ikon City Hall (Stadshuset), melawat Royal Palace, masa bebas membeli belah dan solat di Masjid Besar Stockholm dan makan tengahari. Petang hari menaiki kapal ke Helsinki.

HARI 12: HELSINKI (FINLAND) [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, lawatan di Helsinki termasuk ke Porvoo, melawat Old Town, makan tengahari dan melawat Sibelius Park dan Sibelius Monument. Bermalam di Helsinki.

HARI 13: HELSINKI – ISTANBUL [SP/MT]

Selepas sarapan pagi menaiki feri ke Suomelinna Fortress Island. Membeli belah di Hietalahti Market Hall, Market Square (Kauppatori) dan Hakaniemen Kauppahali. Makan tengahari dan solat di Masjid Al-Iman Helsinki. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Istanbul jam 7:20 malam.

HARI 14: ISTANBUL – KUALA LUMPUR

Ketibaan di KLIA jam 5.45 petang dengan selamat, InsyaaAllah.

RM 16,800.00 – SEORANG (BILIK BERDUA BERTIGA)

RM 19,800.00 SEORANG (BILIK SEORANG)

Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang
  • 10 malam penginapan di hotel 4 star & 01 malam di kapal pelayaran (Cruise)
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan malam
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan
  • Pemandu Tempatan
  • Tip pemandu pelancong dan kenderaan
  • Air mineral (setiap hari)

 

Pakej Tidak Termasuk:

  • Tip porter
  • Perbelanjaan persendirian dan Insuran Perjalanan
  • Soft drink, minuman panas dan sejuk yang dipesan sewaktu makan

 

14 Hari 11 Malam - Pakej Percutian Muslim (Scandinavia) 2018

Pakej Dari RM 16,800.00

Book Now